April 28, 2009

Satu Kematian Yg begitu Dekat

Buat rakan2 yang dikasihi
Sedar ataupun tidak, usia kita semakin hari semakin PENDEK. Adakalanya lebih PENDEK daripada seluar PENDEK yang kita pakai.
Belumpun sampai setengah tahun berlalu, telah pergi beberapa orang insan yang kita kenali (mungkin juga tidak). Bukan itu yang menjadi persoalan. Soalnya …. Adakah kita yakin bahawa usia kita akan bertahan lama selama seratus tahun ataupun hampir sama usia dengan nabi kita Muhammad S.A.W. 63 tahun. Arwah yang pertama pergi dalam usia 50 tahun lebih, yang kedua pelajar yang baru awal 20an dan yang terbaru malam semalam, detik 9.54 malam (21/04-selasa) pergi lagi seorang pelajar dalam usia awal 20 tahun. Alhamdulillah, dari pandangan zahir insan yang hina ini melihat ketiga tiganya pergi dalam keadaan yang baik.

Mungkin kita tak sedar keadaan ini kerana kita tak pernah mengambil pengajaran daripada kematian yang berlaku di depan mata. Kita selesa dan tidak merasa ancaman atau diancam dengan peringatan ALLAH s.w.t. dan kerna itu kita sewenang wenangnya tanpa rasa segan silu dan rasa bersalah melanggar dan menidakkan hukum ALLAH s.w.t.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Mengapa kita lebih rela mengorbankan AGAMA kita dengan seluar PENDEK untuk sekadar bermain di padang. Sanggup kita berlengan pendek mendedahkan lengan putih melepak kita kepada yang bukan mahram kita hanya sekadar bermain peringkat politeknik saja, Waima di peringkat dunia sekalipun… adakah ianya sukar bagi kita mempertahankan suatu hukum yang amat mudah diikuti.

Kita tak merasakan ancaman ALLAH sebab ia tak ditunjukkan depan mata … NAK CUBA …. Macam mana rasa dan sanggup kah kita menahannya …. Tak perlu susah2 … minta puntung rokok pada sesiapa yang tengah merokok … cucuh kan di peha atau lengan kita …. BOLEH TAHAN !!!! kalu tak boleh tahan, masakan kita dapat menahan api akhirat yang telah disejukkan ALLAH s.w.t. sebanyak berpuluh kali … KALAU BOLEH TAHAN …. CUBALAH ingkari lagi perintah ALLAH … KALAU BERANI !!!! INGAT, KITA TAK TAHU BILA KITA AKAN MATI ….. TETAPI KITA PERLU BERSEDIA UNTUK MATI …. DAH BERSEDIAKAH KITA??!!

Sekadar peringatan buat insan hina yang telah menghadapi dan mengambil iktibar dari tiga kematian.

Pesan Nabi S.A.W
“orang yang cemerlang ialah orang yang banyak mengingati mati”

Maaf atas segala kekurangan, mudahan ada manfaatnya.

katakan benar walaupun pahit….

No comments: